Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan: Terengganu, N. Sembilan buat permulaan baik - Utusan Malaysia

Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan: Terengganu, N. Sembilan buat permulaan baik

AKSI pemain Selangor (kanan) dan Johor pada Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan di Stadium Ragbi Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Juara dan naib juara bertahan, Terengganu dan Negeri Sembilan masing-masing bermula langkah kanan pada hari pertama saingan Kategori terbuka Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan yang bermula di sini hari ini.

Dalam perlawanan di Stadium Ragbi Perak di sini, Terengganu membenam Pahang 19-5 dalam perlawanan pembukaan, diikuti Sabah 26-5 pada sebelah petang untuk mendahului Kumpulan A.

Sementara itu, Negeri Sembilan membelasah dua pasukan utara, Perlis dan Kedah masing-masing 33-7 dan 33-0 untuk mengungguli Kumpulan C.

Kelantan juga menunjukkan kehebatan dalam Kumpulan B apabila merakam dua kemenanangan iaitu ke atas Putrajaya (24-7) dan Sarawak (45-0).

Selangor meraih dua kemenangan iaitu ke atas ATM (29-12) dan Johor (14-5) untuk mengungguli Kumpulan D, sekaligus muncul pasukan pertama layak ke suku akhir dari kumpulan yang hanya mempunyai tiga pasukan itu.

Tuan rumah, Perak turut berpeluang meneruskan kemaraan selepas menundukkan Sabah 15-0 dalam Kumpulan A.

Perak kemudian seri 24-24 dengan Pahang pada perlawanan sebelah petang untuk mencerahkan peluang mengiringi Terengganu.

Pahang kini perlu membelasah Sabah dengan jurang yang besar dalam perlawanan terakhirnya jika ingin mara ke pusingan seterusnya sambil berharap tuan rumah kalah teruk kepada Terengganu esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya