Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan: Perak kejutkan Selangor - Utusan Malaysia

Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan: Perak kejutkan Selangor

AKSI perlawanan di antara Selangor (jersi merah) dan Perak pada Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan di Stadium Ragbi Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak melakukan kejutan apabila menunduk Selangor 28-15 untuk mara ke separuh akhir kategori Terbuka Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan pada perlawanan di Stadium Ragbi Perak di sini petang tadi.

Ketinggalan pada separuh pertama, tuan rumah bangkit pada separuh kedua untuk mengecewakan Selangor, yang dianggap sebagai pasukan pilihan ke separuh akhir.

Pada perlawanan tersebut, Selangor jelas tidak punyai jawapan kepada persembahan bersemangat pemain tuan rumah walaupun terpaksa beraksi kurang satu pemain gara-gara mengutip kad seminit perlawanan berlangsung.

Sementara itu, juara bertahan, Terengganu dan naib juara, Negeri Sembilan juga layak ke separuh akhir selepas mengatasi lawan masing-masing. Turut layak ialah Kelantan.

Terengganu mengatasi Johor 28-12 manakala Negeri Sembilan mengecewakan Putrajaya 21-14.

Kelantan nyata terlalu gagah buat Perlis apabila membaham lawannya 41-0.

Pada aksi separuh akhir pagi esok, Terengganu akan bertemu Kelantan manakala Negeri Sembilan menentang Perak.

Sementara Terengganu, Sabah, Selangor dan Sarawak layak ke separuh akhir kategori Wanita Terbuka.

Manakala Terengganu, Kelantan, Johor dan Selangor layak ke separuh akhir kategori Lelaki B-20.

Sarawak, Terengganu, Selangor dan Labuan pula mara ke separuh akhir kategori B-20 wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya