Puteri Sarah patuh syarat iddah, keluar rumah demi kerja

Puteri Sarah patuh syarat iddah, keluar rumah demi kerja

PUTERI SARAH ditemui selepas Majlis Pengumuman Prakemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) di Jalan Sungai Penchala, di sini, semalam.-UTUSAN/M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana memaklumkan dia mengambil berat tentang hukum hakam termasuk syarat iddah selepas bercerai dengan bekas suami, Syamsul Yusof, 14 Jun lalu.

Puteri Sarah berkata, dia sudah membuat pembacaan mengenai iddah serta sentiasa memberitahu Syamsul mengenai pergerakannya termasuk urusan kerja di Jakarta.

“Saya sudah buat kajian tentang iddah. Kalau suami meninggal dunia baru kita berkabung di rumah dan tak boleh berhias.

“Kalau suami masih hidup dalam tempoh tiga bulan perlu beritahu suami (pergerakan). Saya memang beritahu bekas suami. Syamsul memang tahu Sarah pergi bekerja, jalani penggambaran. Jadi tiada masalah tentang itu,” katanya.

Puteri Sarah ditemui selepas Majlis Pengumuman Prakemuncak Anugerah Bintang Popular (ABP) di Jalan Sungai Penchala, di sini, semalam. Ibu dua anak itu disenarai pendek lima artis terbaik bagi kategori Aktres TV Popular.

Terdahulu, segelintir netizen dalam media sosial mempersoalkan tindakan Puteri Sarah seperti tidak menghormati tempoh iddah selepas berkongsi gambar-gambar dengan berpenampilan cantik dan kemas dalam Instagram.

Disoal kehidupan baharu selepas bercerai, Puteri Sarah berkata, dia bersyukur kerana Syamsul lebih kerap berjumpa dan meluangkan masa dengan anak-anak.

Malah, katanya, hubungan dirinya dengan bekas suami juga semakin akrab dan Syamsul adalah seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap zuriat mereka.

“Segala aktiviti anak-anak akan dimaklumkan kepada Syamsul. Setiap hari Syamsul buat panggilan video dengan anak-anak.

“Hari Raya Aidiladha baru-baru ini pun Syamsul datang dan meluangkan masa dengan anak-anak. Satu perkembangan yang positif,” katanya.

Ditanya sama ada Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, sudah mengetahui status perceraian mereka, Puteri Sarah berkata, dia mahu anak-anak mengetahui perkara itu sendiri.

“Biar mereka tahu sendiri, tak perlu saya beritahu. Buat masa sekarang mereka gembira, jadi saya biarkan dahulu. Semuanya tengah baik sekarang,” katanya.

Dalam masa sama, Puteri Sarah berkata, dia akan menunaikan umrah bersama kawan baik selepas habis menjalani tempoh iddah.

Katanya, tanah suci adalah tempat terbaik untuk berdoa sekali gus menjadi lokasi terbaik sebagai permulaan memulakan kehidupan baharu.

“Saya juga akan kerap ke Jakarta atas urusan perniagaan. Selepas ini mungkin akan menjalani penggambaran dengan bapa mentua (Datuk Yusof Haslam) dan teater dengan Janna Nick pada September depan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya