Projek RTG tidak terjejas dengan peletakan jawatan Michelle Chai - Utusan Malaysia

Projek RTG tidak terjejas dengan peletakan jawatan Michelle Chai

ADAM Adli Abd. Halim (lima dari kanan) bergambar bersama para penerima anugerah pada majlis sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri ini di UTC, Kangar, Perlis hari ini..- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR:Perjalanan atlet menerusi Projek Road To Gold (RTG) tidak akan terjejas dengan peletakan jawatan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia (ABM), Michelle Chai.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim berkata, menerusi peletakan jawatan tersebut, pihaknya berharap agar semua urusan persatuan dapat diuruskan dengan baik dan sebarang kemelut yang melanda tidak akan menjejaskan prestasi atlet.

Ujar Adam Adli, pihaknya melihat peletakan jawatan Michelle itu sebagai satu perkara yang berbeza meskipun beliau adalah merupakan Penolong Penyelaras Projek RTG.

“Kita telah ada penyusunan dan struktur RTG yang sudah ditetapkan membabitkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan sebagainya, jadi setiap kepakaran dihimpunkan menerusi Sekretariat RTG yang ditubuhkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini.

Mei lalu, Michelle mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ABM selepas kekalahan skuad badminton wanita negara di Sukan SEA Kemboja 2023 kepada Filipina dalam acara berpasukan.

Michelle memaklumkan antara punca beliau meletak jawatan sebagai CEO ABM adalah disebabkan kurang pengetahuan daripada aspek analisis teknikal badminton.

Dalam pada itu, Adam Adli berkata, pihaknya berharap agar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat mencari segera pengganti Michelle dengan melakukan pertimbangan sewajarnya.

“BAM diharap dapat mencari penyelesaian ini supaya ABM dapat terus bergerak dengan baik.

“Kita berharap satu perbincangan dapat diadakan dan kemelut yang melanda itu juga diharapkan tidak beri kesan juga pada Sekretariat RTG,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya