Program santai PPj - media meriah

Program santai PPj – media meriah

PENGAMAL media dan kakitangan PPj berbusana kampung menyertai Program Fun Race di Pusat Rekreasi, Taman Wetland, Presint 1, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 20 pengamal media pelbagai agensi yang bernaung di bawah Kelab Media Putrajaya menyertai program ‘fun race’ anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj), pagi tadi.

Program berlangsung di Pusat Rekreasi Air, Taman Wetland Putrajaya, Presint 1 itu berkonsepkan santai di samping mendedahkan kumpulan media dengan produk pelancongan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Majlis bermula pukul 8 pagi itu turut disertai warga PPj dan majlis penutup pula disempurnakan oleh Presiden PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud.

Program bertemakan ‘ala kampung’ itu dibahagikan kepada sembilan kumpulan media di mana setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan lima tugasan iaitu berkayak, kukur kelapa, boling kelapa, lastik botol dan tarik upih kelapa.

Sementara itu, Fadlun berkata, pihaknya berterima kasih kepada rakan media kerana membantu mempromosikan Putrajaya terutama dalam setiap penganjuran aktiviti dan program pelancongan.

Katanya, pihaknya berharap hubungan baik antara PPj dan media dapat diteruskan dalam program-program anjuran PPj pada masa akan datang.

“Sokongan pihak media melalui penulisan artikel dan liputan berkaitan Putrajaya adalah merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan program sekali gus menaikkan imej PPj selaku pihak berkuasa tempatan di Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 1,122 liputan mengenai PPj dan Putrajaya direkodkan menerusi media cetak dan media elektronik dengan Nilai Persamaan Iklan (AVE) sebanyak RM4.87 juta.

“PPj amat menghargai peranan dan sumbangan media dalam menyebarkan maklumat berhubung polisi, dasar dan hala tuju PPj sekali gus merapatkan lagi jurang hubungan di antara pengurusan atasan PPj dengan masyarakat serta pemegang taruh di Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya