Program amal asyura santuni asnaf, erat ukhuwah

Program amal asyura santuni asnaf, erat ukhuwah

NORAZIAN Awang (kiri) mengacau bubur asyura bersama penduduk Kampung Seneng, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Lebih 100 keluarga asnaf di Kampung Seneng, di sini disantuni dengan pengagihan bakul makanan dan program sehari kacau bubur asyura sempena sambutan Maal Hijrah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi Yayasan Che Mas, Norazian Awang berkata, program yang mendapat kerjasama ahli jawatankuasa penduduk dan sukarelawan setempat itu menambah keakraban ukhuwah penduduk kampung berkenaan.

Katanya, barangan makanan yang diagihkan dapat meringankan bebanan golongan asnaf yang terpilih termasuk warga emas dan ibu tunggal.

“Sebanyak empat kawah bubur asyura dimasak secara bergotong-royong sejak awal pagi diagihkan kepada semua penduduk. Beras dan lain-lain keperluan diagihkan kepada keluarga miskin tanpa mengira latar belakang politik. Kami agih semuanya berasaskan keperluan mereka,” katanya ketika ditemui di Kampung Seneng.

Norazian berkata, program yang melibatkan komuniti yang menjurus kepada kerja gotong-royong dan kejiranan bertujuan mengukuhkan perpaduan tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

“Perpaduan dan semangat kejiranan dalam konteks saling bantu membantu adalah teras piagam pelanggan YCM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya