PRN: Tiga 'Datuk' calon DUN Selat Klang - Utusan Malaysia

PRN: Tiga ‘Datuk’ calon DUN Selat Klang

Datuk
ABDUL Rashid Asari, Roslee Abdul Hamid dan Mohamad Ezam Mohd. Nor memegang dan mengangkat tangan masing-masing selepas diumum sebagai calon bagi DUN Selat Klang di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang di Klang, Selangor, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Selat Klang menjadi gelanggang pertarungan tiga ‘Datuk’ masing-masing dari Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Mereka adalah penyandang kerusi, Datuk Abdul Rashid Asari, Datuk Roslee Abdul Hamid dan Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor.

Selain itu, pengumuman di lokasi sama turut melibatkan dua lagi DUN iaitu Meru di antara Mariam Abdul Rashid (PH-Amanah), Hasnizan Adham (PN-Bersatu) dan Sivaranjani Manickam Parti Sosialis Malaysia (PSM). 

Bagi DUN Sementa pula, Erny Afrishah Azizi (PH) dan Noor Najhan Mohamad Salleh (PN-Pas).

Kesemua pengumuman calon dibuat masing-masing oleh Pegawai Pengurus DUN Meru, Abdul Razak Masud;  Pegawai Pengurus DUN Sementa, Mohd. Shahrizal Mohd. Salleh dan Pegawai Pengurus DUN Selat Klang, Shahman Jalaludin di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao berkata, proses penamaan calon berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi dari mana-mana penyokong parti. 

“Kira-kira 247 petugas melibatkan pegawai dan anggota polis yang menjaga dari segi keselamatan termasuk lalu lintas. Kita berharap sepanjang tempoh kempen dua minggu ini, parti terlibat mematuhi undang-undang termasuk memohon permit bagi mengelakkan sebarang tindakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya