PRN: Shahidan tidak bertanding di Selangor - Utusan Malaysia

PRN: Shahidan tidak bertanding di Selangor

SHAHIDAN Kassim (dua dari kiri) bersama pemimpin Pas Terengganu pada ceramah  pasca bubar DUN di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan hasrat tidak akan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Selangor dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. 

Bekas Menteri Besar Perlis itu berkata, sebaliknya, beliau berpendapat PN perlu mengetengahkan lebih ramai calon muda untuk bertanding di negeri tersebut.

“Kita bagi peluang orang lain dulu, saya beri sokongan kepada siapa sahaja yang bertanding, tidak menjadi masalah.

“Apa yang paling penting sekarang ini, kita dapat memerintah Selangor,” katanya  ketika ditemui selepas ceramah pasca bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Kambing di sini, malam tadi.

Shahidan memberitahu, beliau akan berbincang dengan parti sekiranya beliau dipilih sebagai calon di Selangor.

“Kalau nama saya naik pun (menjadi calon), saya nak bincang (dengan pimpinan PN),” ujarnya.

Tambahnya, beliau selepas ini akan memberi tumpuan untuk membantu kempen calon PN di enam negeri menjelang PRN ini.

Sebelum ini dilaporkan Shahidan tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kawasan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Bagaimanapun, Setiausaha perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, nama Shahidan tiada dalam senarai calon parti itu bagi PRN akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya