PRN Selangor: Azmin Ali bertanding DUN Hulu Kelang - Utusan Malaysia

PRN Selangor: Azmin Ali bertanding DUN Hulu Kelang

MOHAMED Azmin Ali diumum calon bagi kerusi DUN Hulu Kelang. - UTUSANSHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun sebelum ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumum sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang mewakili gabungan Perikatan Nasional (PN).

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bakal bertembung dengan Juwairiya Zulkifli yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR sebelum ini merupakan penyandang bagi DUN Bukit Antarabangsa selepas memenangi kerusi tersebut dengan tiket PH semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penghijrahan bekas Menteri Besar Selangor itu ke Hulu Kelang menyebabkan PN mempertaruh Shasha Lyna Abdul Latiff bagi mengekalkan kerusi tersebut menjadi milik mereka bagi PRN kali ini.

Pengumuman mengenai pencalonan itu dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini malam ini.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PKR menang dengan majoriti 15,349 (Saari Sungib) di DUN Hulu Kelang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya