PRN Selangor: 11 dalam tangan, 12 hampir pasti - Ahmad  - Utusan Malaysia

PRN Selangor: 11 dalam tangan, 12 hampir pasti – Ahmad 

Kerusi UMNO
AHMAD Maslan berucap pada program Town Hall UMNO Kota Raja di Klang, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG:  “11 dalam tangan, 12 hampir pasti,”.

Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai jangkaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan itu, maklumat terbaharu berkenaan diperoleh daripada sumber dalaman Badan Perhubungan negeri.

“Selain lima kerusi yang disandang, kita berharap mendapat kerusi yang boleh dimenangi nanti,” katanya ketika ditemui pada program Townhall UMNO Kota Raja di Royal Mustika Ballroom di sini, malam tadi.

Tambahnya, jumlah kerusi dan calon itu akan dimuktamadkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala lumpur pada malam Jumaat ini jika tiada perubahan. 

“Pada sebelah petang, ada mesyuarat MKT UMNO dahulu sebelum pengumuman calon bagi enam negeri dibuat. Jika 12 kerusi BN bertanding di Selangor, saya berharap semuanya akan menang kelak,” ujarnya.

Terdahulu, Ahmad berkata, BN perlu menggunakan tujuh formula strategik bagi  memastikan kemenangan di enam PRN pada 12 Ogos depan.

“Formula itu antaranya memastikan parti dalam keadaan kesiapsiagaan tinggi, tidak pandang lekeh lawan dan jentera perlu menambah program bagi memenangkan calon BN. Selain itu, jangan mensabotaj calon dan menjaga emosi pengundi dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya