PRN: Sanusi kemuka pencalonan DUN Jeneri

PRN: Sanusi kemuka pencalonan DUN Jeneri

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Daerah Sik pada 9.10 pagi bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN).

Kehadiran calon Perikatan Nasional (PN) yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu diringi lebih 1,500 penyokongnya.

Muhammad Sanusi dijangka bertembung calon muka baharu Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.

Sementara itu, bagi DUN Belantek, calon PN, Ahmad Sulaiman dicabar oleh calon Pakatan Harapan (PH), Mazli Saipi.

Setakat ini, pertembungan di kedua-dua DUN itu menyaksikan dua penjuru apabila tidak kelihatan mana-mana calon bebas.

DUN Jeneri mempunyai seramai 35,079 pengundi, manakala 28,006 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di Belantek. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya