PRN: Polis percepat lulus mohon permit ceramah - Utusan Malaysia

PRN: Polis percepat lulus mohon permit ceramah

MAZLI MAZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan mempercepatkan kelulusan permohonan permit ceramah daripada tempoh asal lima hari kepada dua hari sahaja untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, semua parti politik yang ingin mengadakan ceramah perlu memohon permit dan mengikut semua peraturan yang telah ditetapkan.

“Sepatutnya, (tempoh kelulusan) permit ceramah adalah dalam lima hari, tapi kita boleh percepatkan dalam tempoh dua hari (untuk PRN).

“Saya percaya semua parti yang bertanding adalah parti-parti yang sudah lama dan memahami perundangan dalam negara untuk memastikan PRN berjalan lancar dan selesa tanpa sebarang insiden,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat tinjauan di pusat penamaan calon Parlimen Kuala Terengganu dan Dewan Undangan Negeri Ladang di pekarangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil tinjauannya di beberapa pusat penamaan di sekitar Kuala Terengganu dan Marang mendapati semua penyokong dan pemimpin parti mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.

“Hari ini, kira-kira 2,200 anggota telah bertugas untuk membuat pemantauan di 32 pusat penamaan calon di seluruh Terengganu.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama baik sepanjang proses penamaan pagi ini. Kita berharap suasana baik ini akan berpanjangan hingga proses pengundian 12 Ogos depan.

“Ada 14 hari lagi sebelum hari pengundian, kita harap semua parti ikut garis panduan yang ditetapkan kerana pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah beri taklimat panjang lebar mengenai peraturan yang ditetapkan,” ujarnya.

PRN di Terengganu kali ini menyaksikan pertandingan di 32 kerusi DUN dan satu PRK di Parlimen Kuala Terengganu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya