PRN: PKR tanding 58 kerusi, Parlimen Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

PRN: PKR tanding 58 kerusi, Parlimen Kuala Terengganu

PKR
ANWAR Ibrahim bergambar sebahagian calon PKR yang akan bertanding dalam PRN Negeri pada Program Pengumuman Calon PKR di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Komponen Pakatan Harapan (PH), PKR bertanding 58 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di keenam-enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bermula penamaan calon pada 29 Julai ini.

Selangor kekal sebagai negeri paling banyak kawasan ditandingi parti itu yang meletakkan calon di 20 kawasan dengan penampilan 11 muka baharu dan mengekalkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari di Sungai Tua serta dua exconya Mohd. Khairuddin Othman dan Mohd. Zawawi Ahmad Mughni di Paya Jaras dan Sungai Kandis.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin dapat tawan dua negeri lagi di samping Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang milih PH yang mempunyai kekukuhan sokongan untuk mengekalkan kerajaan negeri.

“Syaratnya mesti tumpu perhatian dalam kempen. Tugas kita bila pilih, memang cabang, negeri, JPRP (Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat), saya kata 90 peratus saya setuju, satu dua saya buat ubah suai.

“Layak, yang layak jadi calon 300 orang, tetapi kita boleh pilih. Orang kata kalau tak pilih calon ini gerenti kalah. Saya hendak ingatkan masa anda dipilih dahulu, begitulah juga yang senior (calon lama) cakap pada saya.

“Letak Chean Chung, gerenti out sebab dia orang luar, tetapi dia menang dengan bergaya. Sebab dia dan jentera PJ Selatan, saya ucap terima kasih kepada orang PJ Selatan walaupun orang asal tak bertanding,” katanya ketika berucap pada Pengumuman Calon PKR, hari ini.

Selain Selangor, PKR meletakkan calon bagi sejumlah kerusi di setiap negeri iaitu enam di Negeri Sembilan, Pulau Pinang (13), Kedah (10), Kelantan (6) dan empat di Terengganu termasuk di Parlimen Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Anwar ketika mengumumkan calon memaklumkan, terdapat rundingan belum diselesaikan di DUN Kota Lama, Kelantan antara PKR dengan Amanah.

“Kota Lama ini ada (pertembungan), Kita akan semak dengan Amanah, Ok saya tangguh Kota Lama, saya dimaklumkan sebentar tadi ada sedikit perubahan dengan Amanah,” katanya.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding mewakili PKR dalam PH bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

 

Selangor

N.09 Permatang: Mohd. Yahya Mat Sahri 

N.10 Bukit Melawati: Thiban Subramaniam

N.11 Ijok: Amidi Abdul Manan

N.14 Rawang: Chua Wei Kiat

N.16 Sungai Tua: Datuk Seri Amirudin Shari

N.18 Hulu Kelang: Juwairiya Zulkifli 

N.19 Bukit Antarabangsa: Mohd Kamri Kamaruddin

N.20 Lembah Jaya: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

N.25 Kajang: David Cheong

N.32 Seri Setia: Dr. Fahmi Ngah

N.33 Taman Medan: Ahmad Akhir 

N.37 Bukit Lanjan: Phua Pei Lei

N.38 Paya Jaras: Mohd. Khairuddin Othman 

N.39 Kota Damansara: Amin Yazid

N.40 Kota Anggerik: Najwan Halimi 

N.43 Sementa: Erni Afrishah Azizi

N.46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri

N.48 Sentosa: Gunarajah R George

N.49 Sungai Kandis: Zawawi Ahmad Mughni

N.54 Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah 

 

Negeri Sembilan

N29 Chuah: Yew Boon Lye

N13 Sikamat: Aminuddin Harun

N14 Ampangan: Tengku Zamrah Tengku Sulaiman

N18 Pilah: Nur Zunita Begum

N20 Labu: Ismail Ahmad

N33 Sri Tanjung: Dr. Rajasekaran

 

Pulau Pinang

N.03 Pinang Tunggal: Zainuddin bin Mohd

N.06 Telok Ayer Tawar: Mohsin Md Sharif

N.10 Seberang Jaya: Johari Kassim

N.12 Penanti: Rosidi Hussin

N.14 Machang Bubok: Lee Khai Loon

N.17 Bukit Tengah: Gooi Hsiao Leung

N.18 Bukit Tambun: Goh Choon Aik

N.20 Sungai Bakap: Norhidayah Che Ros

N.24 Kebun Bunga: Lee Boon Heung

N.35 Batu Uban: Kumaresan Arumugam

N.36 Pantai Jerejak: Fahmi Zainol

N.37 Batu Maung: Prof Dr. Mohd. Abdul Hamid

N.39 Pulau Betong: Mohd Tuah Ismail

 

Kedah

N.2 Kuah: Ahmad Fauzi Che

N.6 Jitra: Sabrina Ahmad

N.10 Bukit Pinang: Datuk Hadzir Md. Zain

N.12 Suka Menanti: Zamri Yusof

N.22 Gurun: Firdaus Johari

N.25 Bukit Selambau: Suntaraju Raman

N.28 Bakar Arang: Loh Wee Chai

N.29 Sidam: Bau Wong Bau Ek

N.34 Lunas: Cikgu Shamsul Anuar bin Abdullah

N.35 Kulim: Teh Lian Ong

 

Kelantan

N3 Pasir Pekan: Zaman Sahri Ibrahim

N07 Panchor: Syed Alidustir Syed Md Zain

Chetok: Izzat Hanuzi

Pasir Tumboh: Naziratun Aini Md. Sayuti

Limbongan: Dr. Samsudin Abd. Ghani

Mengkebang: Shukri Ishak

 

Terengganu

Parlimen Kuala Terengganu: Mohd. Azan Ismail

N.13 Wakaf Mempelam: Wan Mohd Haikal Wan Ghazali

N.22 Manir: Mohd. Jusoh

N.27 Sura: Osman Umar

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya