PRN: PH tukar calon DUN Bukit Selambau

PRN: PH tukar calon DUN Bukit Selambau

SEBAHAGIAN calon PH dan BN yang diperkenalkan lebih dekat kepada penyokong di negeri ini pada Majlis Pengenalan dan pelancaran Manifesto Perpaduan di Laguna Merbok, Sungai Petani. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan untuk menamakan semula penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, R. Summugam yang pada awalnya digugurkan.

Summugam yang mewakili PKR diumumkan sebagai calon kawasan itu bagi menggantikan calon muka baharu, R. Suntharajoo sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan esok.

Pertukaran tersebut diketahui pada Majlis Pengenalan Calon PH dan Barisan Nasional (BN) serta pelancaran Manifesto Perpaduan yang berlangsung di Laguna Merbok, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Summugam menang dengan 17,573 undi mengatasi calon Pas, Dr. Mohd. Ali Sulaiman dan calon BN, Datuk Jaspal Singh dengan majoriti 5,635 undi.

Kali ini, beliau bakal bertembung dengan calon Pas, Azizan Hamzah yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Summugam ketika ditemui menganggap pencalonan semula beliau adalah kesinambungan kepada usaha keras membantu penduduk kawasan itu yang diwakilinya selama sepenggal sejak 2018.

“Saya tidak terkejut dengan pencalonan semula ini kerana pencapaian terhadap rakyat telah terbukti selama lima tahun ini dan sewajarnya saya meneruskan kerja-kerja yang belum selesai demi kebaikan penduduk Bukit Selambau.

“Malah, ini juga keputusan pucuk pimpinan parti dan saya harus akur walaupun pada awalnya tidak dinamakan untuk mempertahankan kerusi ini. Sekarang adalah masa untuk membuktikan Kerajaan Perpaduan mampu merampas negeri Kedah melalui kerjasama semua pihak dalam PH dan BN,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya