PRN: Penyokong MCA, MIC diharap beri sokongan kepada calon PH-BN - Utusan Malaysia

PRN: Penyokong MCA, MIC diharap beri sokongan kepada calon PH-BN

CHOW Kon Yeow (kiri) ketika meninjau Galeri Haji Pulau Pinang di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Para penyokong dan ahli parti MCA serta MIC diharapkan dapat memberikan sokongan kepada calon gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kemenangan gabungan tersebut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos depan.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau percaya keputusan untuk tidak bertanding itu dibuat oleh MCA dan MIC selepas meneliti dan mengkaji keadaan politik terkini khususnya pencapaian mereka dalam beberapa pilihan raya sebelum ini.

“Keputusan untuk bekerjasama dibawah payung perpaduan ini perlu dihayati dan diterima oleh semua ahli dalam gabungan ini.

“Adakah kita mahu gabungan perpaduan ini mencapai kemenangan atau tidak, kalau jawapannya adalah ya, maka apa-apa yang menjadi halangan perlu diketepikan demi memastikan kemenangan gabungan perpaduan dalam PRN nanti,” katanya selepas meninjau Galeri Haji Pulau Pinang, di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan bulan depan.

Selepas pengumuman MCA itu, MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRN.

Menurut Kon Yeow, soal sama ada undi-undi daripada penyokong MCA dan MIC dapat diberikan kepada calon gabungan PH-BN perlu menjadi pertimbangan semua ahli parti berkenaan pada hari pengundian kelak.

”Jadi, isu sama ada undi masing-masing boleh dipindah menjadi satu pertimbangan penting semua ahli parti (MCA dan MIC) bagi memastikan kemenangan calon PH-BN,” katanya.

Dalam pada itu, tambahnya, walaupun kedua-dua parti tersebut tidak bertanding dalam PRN nanti, pimpinan parti tersebut telah menyuarakan kesungguhan mereka untuk sama-sama membantu kempen PH-BN bagi memastikan kemenangan gabunan tersebut di enam negeri.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, manifesto PH-BN bagi Pulau Pinang untuk menghadapi PRN mungkin akan diumumkan pada minggu terakhir sebelum hari penamaan calon.

”Kerangka manifesto secara umumnya telah ada, kita ada masa tiga minggu dan kita sedang perincikan manifesto untuk PRN ini, mungkin ia akan diumumkan pada minggu akhir sebelum hari penamaan calon,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya