PRN: Penamaan calon di Kepala Batas meriah - Utusan Malaysia

PRN: Penamaan calon di Kepala Batas meriah

REEAL MERICAN Naina Merican (empat dari kanan) bersama dua lagi calon PH-BN, Mohd. Naim Salleh (empat dari kiri) dan Zainuddin Mohamed (tiga dari kanan) ketika hadir pada sesi penamaan calon untuk PRN di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KEPALA BATAS: Lebih 1,000 penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berarak menuju ke pusat penamaan calon bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bertam, Penaga dan Pinang Tunggal di Dewan Millenium, di sini hari ini.

Tiba kira-kira pukul 8.50 pagi, kumpulan penyokong itu dipimpin oleh ketiga-tiga calon yang bertanding untuk kerusi-kerusi tersebut iaitu Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Mohd. Naim Salleh dari UMNO-BN dan Zainuddin Mohamed (PKR-PH).

Reezal yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas dan Mohd. Naim, masing-masing akan bertanding di kerusi DUN Bertam dan Penaga manakala Zainuddin akan bertanding di kerusi DUN Pinang Tunggal yang sebelum ini disandang oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, juga dari PKR.

Terdahulu, lebih 500 penyokong Perikatan Nasional (PN) tiba ke lokasi iaitu kira-kira pukul 8.30 pagi untuk mengiringi calon-calon yang bertanding di ketiga-tiga kerusi berkenaan.

CALON-CALON PN, Bukhori Ghazali (berbaju hitam), Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (tengah) dan Mohd. Yusni Mat Piah (berbaju hijau) ketika tiba di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang untuk sesi penamaan calon sempena PRN hari ini. – Pic: IQBAL HAMDAN

Mohd. Yusni Mat Piah (Pas) dan Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (Bersatu) akan turun selaku penyandang bagi mempertahankan DUN masing-masing iaitu Penaga dan Bertam manakala Yang Dipertua Pas Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali bertanding di DUN Pinang Tunggal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya