PRN: Pejuang Selangor perhalusi calon - Utusan Malaysia

PRN: Pejuang Selangor perhalusi calon

Pejuang PRN
HARUMAINI OMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Selangor menimbang secara serius untuk menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini dengan memperhalusi calon-calon yang akan mewakili parti itu.

Ketua Majlis Pimpinannya, Harumaini Omar berkata, perkara itu dipertimbangkan apabila partinya mencapai kata sepakat kelmarin selepas mendengar kehendak akar umbi dan pengundi yang mengharapkan penyertaan Pejuang di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang strategik.

“Pendekatan baru secara bersasar akan digunakan dengan memberikan pertimbangan kepada kekuatan jentera, sokongan akar umbi, demografi penduduk dan perkembangan politik semasa.

Selain itu, pendekatan lain termasuk menentukan kriteria calon yang bertanding kelak,” katanya, hari ini.

Jelas Harumaini, pihaknya turut mengambil kira beberapa faktor lain termasuk analisis pasca nilai dalaman yang dijalankan parti tersebut dan menafikan tindakan tersebut sebagai retorik politik.

“Pejuang akan mendokong politik pragmatik dalam agenda menyelesaikan permasalahan sebenar rakyat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya