PRN: Pas akui ada yang 'panas' dalam parti itu isu kerusi DUN Bayan Lepas - Utusan Malaysia

PRN: Pas akui ada yang ‘panas’ dalam parti itu isu kerusi DUN Bayan Lepas

MUHAMMAD Fauzi Yusof (tengah) bersama calon PN, Azmi Alang (Bersatu) (kiri) dan Mohd. Sobri Saleh (Pas) selepas proses penamaan calon PRN-15 di Institut Kemahiran Mara IKM Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Pas Pulau Pinang mengakui terdapat pihak yang ‘panas’ atau tidak berpuas hati berikutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas diwakili oleh Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pesuruhjayanya, Muhammad Fauzi Yusof berkata, walaupun timbul unsur sabotaj dalam jentera parti seperti memboikot calon dan sebagainya, perkara itu sedang diuruskan oleh pihak kepimpinan supaya ia reda dan kembali pulih sekali gus berharap dapat berjalan dengan baik sepanjang tempoh PRN kali ini.

“Sudah tentu mereka ‘panas’, ada berlaku kekhilafan dan sebagainya, maka perkara ini (sabotaj) memang berlaku dalam mana-mana proses sepanjang PRN yang saya ikuti.

“Malah, ini (pemilihan Dominic sebagai calon) sudah diputuskan oleh Majlis Kepimpinan PN Pusat walaupun kita sudah usaha minta calon Pas (mewakili kerusi DUN Bayan Lepas).

“Ia (pemilihan Dominic) juga berdasarkan atas kapasitinya sebagai Presiden Gerakan dengan meminta supaya bertanding juga satu (kerusi), mungkin atas sebab itulah (nama) dia dipertimbangkan untuk bertanding (di DUN Bayan Lepas),” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Institut Kemahiran Mara (IKM) Tasek Gelugor di sini, hari ini.

Muhammad Fauzi merupakan calon PN bagi kerusi DUN Sungai Dua akan menentang calon PH-BN daripada UMNO, Datuk Shaikh Hussein Mydin dalam pertandingan satu lawan satu.

Dalam pada itu, beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan mana-mana parti yang bertanding akan mengetuai jentera parti di kawasan tersebut.

“Kita cuma nak meredakan semua pihak dan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jadi kita meletakkan asas mana-mana parti yang bertanding maka dia lah ‘lead’ (ketua) di situ.

“Contohnya kalau Pas bertanding di situ, Pas lah yang ‘lead’ di situ, begitu juga Bersatu. Jadi, kita cuba buat yang terbaik.

“Ini adalah asas yang kita letak supaya kekuatan parti itu ditunjukkan dan dipraktikkan di dalam proses pilihan raya ini,” katanya.

Sebelum ini, pencalonan Dominic di DUN Bayan Lepas yang mempunyai 64 peratus pengundi Melayu itu mendapat bantahan keras penyokong Pas Cawangan Bayan Lepas yang mengugut akan memboikot hari penamaan calon dan menutup Bilik Operasi Pas di seluruh kawasan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya