PRN: Pak Ya bukan kluster Mahkamah - Utusan Malaysia

PRN: Pak Ya bukan kluster Mahkamah

Mahkamah
MOHD. Yahya Mat Sahri bergambar bersama penyokongnya selepas beliau diumumkan sebagai calon DUN Permatang pada Program Pengumuman Calon PKR di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keputusan PKR meletakkan Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Mohd. Yahya Mat Sahri sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang bukan satu kesalahan meskipun beliau pernah dipenjara sebelum ini.

Malah, beliau juga dikatakan tidak boleh dianggap sebagai kluster mahkamah semata-mata bagi menghalang daripada bertanding, kerana pertuduhan dihadapinya adalah pada 2008 dan sudah pun menerima hukumannya.

Ketua Penerangan PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, meskipun pernah dijatuhkan hukuman penjara dan sebat sebelum ini, namun Mohd. Yahya yang dikenali sebagai Pak Ya tiada halangan untuk bertanding pada PRN nanti.

“Itu bukan takrif kluster mahkamah, ia macam orang yang sedang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan hasutan contohnya ataupun kes melibatkan Jana Wibawa. Bagi saya itu (kes calon PKR) sudah selesai.

“Apa pun bagi PKR dan semestinya Pakatan Harapan (PH), saringan calon ini dibuat dengan ketat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Watikah Penubuhan Rasmi Komuniti Madani Bagi Zon Tengah, hari ini.

Malam tadi, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 20 calonnya untuk menghadapi PRN di negeri ini 12 Ogos depan termasuk bagi DUN Permatang apabila penyandangnya Rozana Zainal Abidin yang memenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) digugurkan.

Mohd. Yahya pada 4 Mac 2016 gagal dalam rayuan akhir bagi mengenepikan sabitan kesalahan penipuan dihadapinya berhubung kes menipu Abdul Karim dengan memperdayakannya supaya mempercayai sekretariat Pakatan Rakyat mencari penaja bagi sambutan 100 hari pembangkang.

Beliau didakwa memerintah dengan curangnya mendorong beliau memberikan kepadanya RM50,000 sebagai sumbangan dekat Gardenia Coffee House, Hotel Quality di Shah Alam pada tarikh 4 Jun 2008. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN