PRN: Nurul Izzah beri sokongan kepada calon PH, BN

PRN: Nurul Izzah beri sokongan kepada calon PH, BN

NURUL Izzah Anwar (tengah) bergambar bersama penyokong PH dan BN ketika singgah di pusat penamaan calon DUN Lunas dan Merbau Pulas di Dataran Kulim. -UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Kehadiran Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas serta Merbau Pulas menghangatkan suasana yang pada mulanya agak hambar.

Nurul Izzah yang tiba pada pukul 9.45 pagi di persekitaran Dataran Kulim menyertai kumpulan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Beliau ketika ditemui berkata, hadir memberi sokongan moral kepada calon-calon PH dan BN iaitu Shamsul Anuar Abdullah (Lunas) dan Datuk Asmadi Abu Talib (Merbau Pulas).

“Ini adalah satu hari yang bersejarah kerana menguatkan gerakan antara PH dan BN dalam kita mahu mencapai kesepakatan ini untuk diterjemahkan pada hari pengundian 12 Ogos nanti.

“Kita mahu maksimakan gerakan kerana kita tahu cabaran yang besar di negeri Kedah, insya-Allah saya doakan kemenangan kerana kita jelas mahu memperjuangkan agenda rakyat,” katanya di sini hari ini.

DUN Lunas menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Shamsul Anuar dan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Anuar Ramli serta tiga lagi calon bebas iaitu, Rajenderan Nadarajan, Pannir Selvam S. Suppiah dan Arinchindarem Sinnapaven.

Sementara itu, untuk DUN Merbau Pulas pula, Asmadi akan ditentang oleh penyandangnya daripada PN, Datuk Siti Ashah Ghazali. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya