PRN: Noh iringi Nurul Syazwani ke pusat penamaan - Utusan Malaysia

PRN: Noh iringi Nurul Syazwani ke pusat penamaan

Nurul
NURUL Syazwani bersama Noh dan penyokong PN di luar IPP Tanjong Karang, Kuala Selangor hari ini. UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berarak mengiringi anaknya, Nurul Syazwani ke pusat penamaan calon di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Tanjong Karang, di sini.

Ketua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjong Karang yang bertanding bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.09 Permatang itu tiba dengan lebih 300 penyokong, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Nurul Syazwani yang berbaju kurung hitam itu dilihat sebak memasuki pusat penamaan selepas memeluk dan memohon restu Noh.

Beliau turut mencium pipi dan mencium tangan ibunya, Puan Sri Dr. Aishah Salleh.

Laungan takbir turut bergema di luar perkarangan itu bagi menyokong calon PN yang kali pertama bertanding di pentas politik.

Nurul
MOHD. Yahya Sahri bersama penyokong PH-Bn di luar IPP Tanjong Karang, Kuala Selangor hari ini.-FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

Dalam pada itu, calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Cabang Parti PKR Tanjong Karang, Mohd. Yahya Mat Sahri tiba dengan berbaju Melayu putih bersama lebih 200 penyokong PH-BN, pukul 8.50 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, kerusi DUN Permatang dimenangi calon PKR, Rozana Zainal Abidin dengan majoriti 1,158 undi selepas menewaskan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN) dan  Muhammad Jafaruddin Sheikh Daud (Pas). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya