PRN: Mohd. Shaid tarik diri saat akhir tandingi DUN Jeram - Utusan Malaysia

PRN: Mohd. Shaid tarik diri saat akhir tandingi DUN Jeram

Jeram
MOHD. Shaid Rosli menemui Dr. Mahathir Mohamad di Langkawi, Kedah, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Hasrat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli bertanding semula tidak kesampaian apabila menarik diri pada saat akhir.

Ini berikutan wakilnya didapati beredar tanpa menghantar borang pencalonan di pusat penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Mohd. Shaid berkata, keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya datang ke Langkawi kerana mahu mendapatkan restu Tun untuk bertanding Di Dun Jeram.  Namun, Tun menasihatkan saya sabar sedikit demi penyatuan orang Melayu dan mempunyai agenda lebih besar termasuk menyelamatkan tanah air ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau memohon maaf dan berterima kasih kepada penyokongnya yang hadir di pusat penamaan pagi tadi.

“Saya berprinsip terus kekal setia dan taat kepada nasihat Tun. Selain itu, saya berdoa akan Ada peluang pada masa akan datang untuk berkhidmat kepada rakyat DUN Jeram,” katanya.

Kerusi DUN Jeram sah ditandingi Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang menentang bekas Timbalan Ketua UMNO Sungai Buloh, Datuk Harrison Hassan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya