PRN: Mesyuarat khas SPR Rabu ini

SPR bermesyuarat Rabu tentukan tarikh PRN di enam negeri

KKM dan SPR menetapkan panduan pengurusan pengundi Covid-19 positif bagi PRN kali ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 bagi kesemua enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, susulan itu SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada Rabu ini dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

Katanya, mesyuarat berkenaan akan membincangkan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Negeri Ke-15 seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya