PRN: Jaga adab semasa berkempen - Utusan Malaysia

PRN: Jaga adab semasa berkempen

MOHD. Na’im Mokhtar (tengah) bersama penerima bantuan Program MyHaus dan Sinar Kasih Yapeim di Simpang, Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dinasihat supaya menjaga adab semasa berkempen terutama tutur kata dan kelakuan supaya tidak menjadi perbalahan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Islam mengutamakan adab dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan termasuk semasa bercakap.

“Semasa kempen PRN, semua pihak tanpa mengira platform parti perlu menjaga adab ketika berkempen kepada pengundi.

“Walaupun berbeza pandangan dan ideologi politik, namun peliharalah mulut daripada bercakap yang sia-sia, mengeluarkan fitnah atau tuduhan yang tidak berasas yang boleh menjadi penyebab perpecahan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada penyerahan Program MyHaus dan Sinar Kasih Yapeim di Simpang di sini hari ini.

Menurutnya, semua pihak yang bertanding pada PRN mestilah berkempen secara sihat dan tidak melakukan fitnah.

“Adab perlu dijaga dan jangan sesekali menjatuhkan maruah serta harga diri mana-mana individu.

“Adalah lebih baik masing-masing mengetengahkan tawaran yang hendak dilaksanakan atau polisi kebaikan yang hendak diberikan kepada rakyat semasa berkempen,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, wanita yang kematian suami dan berada dalam tempoh idah boleh keluar rumah untuk mengundi.

“Wanita dalam idah boleh keluar rumah untuk menunaikan kewajipan dan tanggungjawab mengundi namun perlu diingat, hanya keluar dari rumah ke tempat mengundi dan selepas itu terus kembali ke rumah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya