PRN: Harrison akur dipecat UMNO, ucap terima kasih - Utusan Malaysia

PRN: Harrison akur dipecat UMNO, ucap terima kasih

UMNO
HARRISON HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Harrison Hassan akur dipecat UMNO selepas menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.

Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh itu berkata, tindakan berkenaan merupakan prosedur organisasi dan beliau berterima kasih kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya Harrison, ideologi PN yang sebati dengan dirinya antara faktor beliau menerima tawaran menjadi calon bagi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

“Sebagai ahli politik, saya mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan prinsip perjuangan parti. Saya akur dengan perkembangan semasa dan pembaharuan yang diinginkan penduduk Jeram dan Selangor. 

Saya berikrar berusaha sebaik mungkin memenangi DUN ini nanti,” katanya ketika ditemui selepas penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keahlian Harrison digugurkan selepas beliau diumumkan sebagai calon mewakili PN.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu berkata, pengguguran keahlian secara automatik itu selaras dengan perlembagaan dan peraturan Lembaga Disiplin parti.

Harrison berdepan saingan dua penjuru menentang calon BN, Datuk Jahaya Ibrahim yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Untuk rekod, kerusi DUN Jeram dimenangi Mohd. Shaid Rosli dari PKR yang memperoleh 7,087 undi menewaskan calon BN, Zahar Azlan Arifin (5,896) dan calon Pas, Mohd. Nor Mohd. Shahar (4,326). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya