PRN: Elak berkempen, ceramah guna isu 3R - Utusan Malaysia

PRN: Elak berkempen, ceramah guna isu 3R

KAMARUL AZMAN KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Calon-calon yang berkempen atau berceramah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu mengelak menyentuh isu bangsa, agama dan institusi raja (3R).

Pemerhati politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, selain itu, calon-calon dari semua parti politik juga perlu elak daripada mengamalkan kempen menghasut serta provokasi yang boleh menyebabkan kebencian, pertengkaran yang akhirnya membawa kepada permusuhan.

Katanya, kempen selama dua minggu tersebut sepatutnya digunakan untuk memperkenalkan diri serta meyakinkan rakyat mengapa perlu memilih mereka sebagai wakil rakyat.

“Berkempenlah dengan cara harmoni dan saksama dan Insya-Allah PRN ini akan menentukan kerajaan negeri yang baik dan telus.

“Di dalam pilihan raya lazimnya tidak dapat dielak tindakan caci-mencaci dan hasut-menghasut untuk meraih undi. Janganlah kita terlampau taksub di dalam sesuatu perkara khususnya di dalam memenangkan calon,” katanya.

Tambah Kamarul Azman, setiap calon perlu sentiasa sentiasa muhasabah diri dan ada sikap saling menghormati antara satu sama lain.

Katanya, hal demikian penting bagi memberi contoh teladan yang baik khususnya kepada pengundi 18 tahun baru mula mengundi.

“Pengundi muda ini khususnya akan menilai sejauh mana sifat calon tersebut. Jangan kita jadikan isu kebencian dan hasut-menghasut sebagai lumrah kepada kehidupan sama ada di dalam politik dan sebagainya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya