PRN: Dua penjuru DUN Jeram, Bukit Melawati, tiga di Ijok - Utusan Malaysia

PRN: Dua penjuru DUN Jeram, Bukit Melawati, tiga di Ijok

Jeram
JAHAYA Ibrahim dan Harrison Hassan diumum sebagai calon bagi DUN Jeram ketika penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala Selangor, Kuala Selangor, hari ini. UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram dan Bukit Melawati menyaksikan pertembungan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor kali ini.

Manakala, DUN Ijok berdepan saingan tiga penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.

Kerusi DUN Jeram sah ditandingi Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang menentang bekas Timbalan Ketua UMNO Sungai Buloh, Datuk Harrison Hassan.

DUN Bukit Melawati pula melibatkan calon dari PH, Thiban Subramaniam dan calon PN, Noorazley Yahya.

Bagi DUN Ijok, saingan tiga penjuru melibatkan calon PH, Amidi Abdul Manan; Jefri Mejan (PN) dan Tan Cat Keong (Bebas) selepas diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Bahagian Jeram, Jefriee Ab Manaf di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini, hari ini.

Kira-kira 800 penyokong parti bertanding berkumpul di pekarangan stadium itu sejak pukul 9 pagi.

Terdahulu, penyandang kerusi DUN Jeram, Mohd. Shaid Rosli tiba-tiba menarik diri menjadi calon selepas wakilnya beredar tanpa menghantar borang pencalonan di pusat tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya