PRN: DAP tanding di semua kerusi disandang - Utusan Malaysia

PRN: DAP tanding di semua kerusi disandang

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: DAP akan bertanding mempertahankan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, secara umumnya jumlah kerusi DUN yang akan ditandingi DAP tidak berubah.

”Jumlah kerusi memang tidak berubah banyak, kita hanya bertanding di kerusi-kerusi yang telah kita menang iaitu di kerusi penyandang.

”Saya pun belum kira berapa (kerusi penyandang) yang akan kita tanding ini, cuma di Pulau Pinang ada 19 kerusi,” katanya selepas majlis penyerahan lesen menerusi Program MyLesen B2 peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara keseluruhannya DAP menang 48 kerusi DUN di empat negeri iaitu 19 di Pulau Pinang; Selangor (16), Negeri Sembilan (11) dan Kedah (2).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) serentak di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Menurut Anthony, pihak pimpinan DAP Pusat juga masih belum menerima senarai calon-calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada PRN nanti daripada DAP negeri.

”Soal calon akan diumumkan kelak,
senarai calon belum ada dan kami belum terima (nama calon) dari peringkat negeri lagi,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, kesemua isu berkaitan PRN seperti soal calon dan agihan kerusi akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.

“Bila-bila masa sebelum hari penamaan calon kita akan umumkan, saya datang hari ini atas kapasiti lain, hari ini hanya tugas rasmi sahaja dan saya akan datang lagi ke Pulau Pinang selepas ini.

”Saya telus dengan pihak media, kali ini (datang ke Pulau Pinang) tidak ada mesyuarat dengan pimpinan parti negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya