PRN: DAP Pulau Pinang serah nama calon minggu ini - Utusan Malaysia

PRN: DAP Pulau Pinang serah nama calon minggu ini

CHOW Kon Yeow dalam sidang akhbar selepas melancarkan kompleks penjaja baharu yang dinaik taraf di Jalan Anson, George Town, Pulau Pinang hari ini. - Pic: FB CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang akan menyerahkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat DAP minggu ini.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan mengenai calon DAP yang akan bertanding di negeri itu akan dimuktamadkan serta diumumkan oleh jawatankuasa pemilihan Pusat.

”Keputusan (calon mewakili DAP) dibuat oleh Pusat, kita di negeri tidak boleh umumkan apa-apa.

”Senarai cadangan (calon) untuk dipertimbangkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan diserahkan pada minggu ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kompleks penjaja baharu yang dinaik taraf di Jalan Anson, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) serentak di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara keseluruhannya DAP menang 19 kerusi DUN di Pulau Pinang dan akan mempertahankan kesemua kerusi DUN yang disandang terbabit.

Menurut Kon Yeow yang juga Ketua Menteri, DAP akan mengumumkan calon-calon parti itu sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 29 Julai ini.

”Kita akan jalankan proses-proses (pemilihan calon) supaya nama calon dapat diumumkan sebelum hari penamaan calon,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada terdapat barisan Exco negeri yang baharu jika DAP berjaya mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri, Kon Yeow berkata, perkara terbabit masih belum diputuskan.

”Apa yang beliau (Anthony Loke) maksudkan ialah mungkin ada penyandang yang mungkin tidak dicadangkan sebagai calon kali ini, isu lain tidak timbul,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya