KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah menyelesaikan agihan semua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN), tidak lama lagi. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Zawawi Othman berkata, proses rundingan itu berjalan lancar termasuk melibatkan kerusi bertindih. “Dari segi calon (BN), kita (UMNO) sudah serahkan nama kepada kepemimpinan Pusat untuk membuat keputusan. “Untuk gerak kerja PRN, kita mulakan dengan ceramah penerangan berkait dengan isu-isu setempat dan negeri,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Pada PRN…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya