SABAK BERNAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Sabak Bernam sebulat suara membantah calon Perikatan Nasional (PN), Zaidi Selamat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar. Ketuanya, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh berkata, keputusan itu diperoleh hasil mesyuarat bersama peringkat cawangan Bersatu malam tadi yang menolak pencalonan Zaidi yang disifatkan sebagai calon luar. “Kami membuat keputusan membantah dan menolak calon luar. Justeru, kami meminta Zaidi supaya menarik diri sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya dalam kenyataan. Sementara itu, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, bagaimanapun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya