PRN: Annuar Musa solat hajat, iringi calon Pas

PRN: Annuar Musa solat hajat, iringi calon Pas di DUN Kadok, Melor, Kok Lanas

ANNUAR Musa (empat, kiri) menunaikan solat hajat bersama calon yang bertanding pada PRN di DUN Kadok, Kok Lanas dan Melor di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa meluangkan masa bersolat hajat dan kemudian mengiringi ketiga-ketiga calon yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Kadok dan Melor pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Selain Annuar, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Mejar Jeneral (B) Khlir Mohd. Nor turut hadir memberikan sokongan kepada ketiga-tiga calon.

Pada PRN kali ini Pas menampilkan Datuk Azami Mohd. Nor bagi kerusi Kadok, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi (Kok Lanas) dan Wan Rohimi Wan Daud (Melor). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN