PRK Parlimen Kuala Terengganu saksikan pertembungan satu lawan satu   - Utusan Malaysia

PRK Parlimen Kuala Terengganu saksikan pertembungan satu lawan satu  

AHMAD Amzad (kanan) dan Azan Ismail mengangkat tangan selepas diumumkan sebagai calon PRK Parlimen Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada 12 Ogos depan.

PN diwakili penyandang kerusi Parlimen itu, Datuk Ahmad Amzad Hashim manakala PH mempertaruhkan Azan Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon.

Ahmad Amzad menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.07 pagi diikuti Azan pada pukul 9.13 pagi di pusat penamaan calon di menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini.

Sesi penyerahan borang penamaan calon tamat pada pukul 10 pagi diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Anuar Awang.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu di sini membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh kempen pilihan raya bagi Parlimen tersebut.

Sebelum itu, UMNO Terengganu pada 3 Januari lalu memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi parlimen tersebut di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pada PRU-15, Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Terengganu yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi.

Beliau mendapat 63,016 undi, mengetepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 10,946 undi; Datuk Mohd Zubir Embong daripada Barisan Nasional (BN) dengan 22,109 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya