PPZ-MAIWP kutip RM462 juta zakat dalam tempoh 6 bulan

PPZ-MAIWP kutip RM462 juta zakat dalam tempoh 6 bulan

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kutipan zakat yang dilaksanakan Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) meningkat RM462 juta bagi tempoh enam bulan tahun ini berbanding RM423 juta tempoh sama tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM59.85 juta adalah daripada kutipan zakat perniagaan, meningkat enam peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu RM56.6 juta.

“Melihat kepada jumlah peningkatan kutipan, saya secara peribadi berasa bangga dan bersyukur kerana kesedaran berzakat semakin meningkat dan meluas dalam kalangan umat Islam, tidak kira di peringkat individu, perniagaan mahupun korporat.

“Tentunya komitmen kami di MAIWP, kita akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan agihan zakat tersebut dilaksanakan sebaik-baiknya demi kepentingan umat Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Zakat Korporat 2023 di sini hari ini.

Mohd. Na’im juga berkata, bagi tempoh yang sama juga sebanyak RM420 juta dana zakat sudah diagihkan kepada para asnaf melalui pelbagai skim bantuan dengan penuh terancang.

Pada masa sama, beliau menegaskan, usaha untuk menoktahkan isu kemiskinan khususnya dalam kalangan umat Islam adalah tugas semua.

Katanya, usaha tersebut adalah melalui kerjasama erat antara MAIWP bersama agensi-agensi korporat, khususnya melaksanakan program pendidikan dan bimbingan kepada para asnaf. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya