Polis tidak kompromi kes enam anggota ditahan di premis hiburan - Utusan Malaysia

Polis tidak kompromi kes enam anggota ditahan di premis hiburan

MOHD. Yusri Hassan Basri (tengah) melakukan gimik pelancaran Program Derma Darah PDRM Perak sempena Hari Polis Ke-216 di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan akan diambil terhadap enam anggota polis yang ditahan di sebuah pusat hiburan di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota atau pegawainya yang terlibat melanggar undang-undang.

Menurutnya, tindakan akan dikenakan terhadap anggota yang terlibat selepas siasatan selesai.

“Kes ini masih dalam siasatan dan saya menyerahkan kes ini kepada pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan JIPS Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak untuk menjalankan siasatan ke atas mereka.

“Kita juga telah mengambil tindakan segera di mana pucuk kepimpinan mengarahkan untuk menukarkan mereka ke posisi baharu telah pun dibuat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program Derma Darah PDRM Perak sempena Hari Polis ke-216 di Aeon Kinta City hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, enam anggota polis disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di sini ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Sabtu lalu.

Sementara itu, Mohd. Yusri berkata, seramai 350 anggota polis menderma darah pada program hari ini.

“Sambutannya amat mengalakkan di mana program pada hari ini adalah pada peringkat kontinjen. Penyertaannya begitu ramai dari seluruh Perak dan juga orang ramai terutamanya penduduk di sekitar Ipoh,” katanya.

Menurut Mohd. Yusri, polis Perak juga membuka booth untuk orang ramai membuat pemeriksaan saman trafik dan sebagainya.

“Begitu juga dengan booth berkenaan dengan jenayah scammer yang semakin meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya