Polis perlu profesional, kawal emosi ketika bertugas sewaktu PRN

Polis perlu profesional, kawal emosi ketika bertugas sewaktu PRN

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan diingatkan bersikap profesional serta rasional ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka perlu bijak mengawal emosi ketika berhadapan sebarang insiden provokasi.

Beliau berkata, pihaknya juga bersiap siaga menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan penamaan calon pada 29 Julai dan hari mengundi pada 12 Ogos ini.

“Saya percaya seluruh petugas PDRM bersiap sedia sepenuhnya memberikan perkhidmatan yang terbaik pada PRN kali ini. Dalam kita melaksanakan tugas yang diamanahkan, kesihatan dan keselamatan diri juga perlu diberi keutamaan.

“Pucuk pimpinan pasukan akan berusaha untuk memastikan kebajikan petugas PDRM sepanjang PRN kekal terjaga,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Bukit Aman, di sini hari ini.

Untuk rekod, seramai 9,600 pegawai dan anggota akan dihantar ke enam negeri terbabit bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di enam negeri diadakan serentak dengan 29 Julai ini sebagai hari penamaan calon, hari pengundian awal pada 8 Ogos dan 12 Ogos sebagai hari pengundian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya