Polis kesan penunggang motosikal ketuk cermin kereta guna topi keledar - Utusan Malaysia

Polis kesan penunggang motosikal ketuk cermin kereta guna topi keledar

TANGKAP layar rakaman video seorang penunggang motosikal mengetuk cermin kereta menggunakan topi keledar. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang mengetuk cermin tingkap sebuah kereta menggunakan topi keledar dalam rakaman video yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kejadian berlaku di Jalan Pokok Assam Tambahandi sini dan polis telah menerima satu laporan berhubung kejadian itu semalam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku akibat salah faham di antara pemandu kereta dengan suspek yang menunggang motosikal.

“Dalam rakaman video itu, selain mengetuk cermin kereta, suspek turut memarahi mangsa. Tindakan suspek menyebabkan kerosakan pada bahagian pintu kereta.

“Berikutan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada polis,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu tular dalam media sosial sejak semalam menerusi rakaman video berdurasi 42 saat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya