Polis giat kesan suspek buang bayi di kedai jual ayam - Utusan Malaysia

Polis giat kesan suspek buang bayi di kedai jual ayam

KEADAAN bayi  perempuan yang ditemukan di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di  Jabur Kubur, Jalan Air Putih, , Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih, di sini, Khamis lalu. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, setakat ini, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti individu yang melakukan perbuatan kejam tersebut. 

“Bagaimanapun, kita telah memaklumkan kepada klinik swasta dan kerajaan supaya memaklumkan kepada pihak polis sekiranya menerima wanita yang baru melahirkan bayi,” katanya. 

Hanyan berkata, bayi yang sihat dan dianggarkan seberat 3.2 kilogram itu dipercayai dilahirkan tiga hingga empat hari sebelum diletakkan di kedai tersebut. 

Menurutnya, bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dirawat dan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya