Polemik sektor gig dibangkitkan dalam forum G20

Polemik sektor gig dibangkitkan dalam forum G20

gig
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jurang perbezaan aspek perlindungan sosial yang masih membelenggu penggiat sektor gig dan platform dalam talian di seluruh dunia memerlukan langkah penyelesaian tuntas dari segi perundangan serta dasar bersesuaian.

Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata langkah intervensi itu perlu kerana kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mendedahkan bahawa hanya 15 peratus daripada keseluruhan penggiat sektor gig di seluruh dunia yang bekerja menerusi platform dalam talian dilindungi insurans bencana kerja.

Secara perbandingan, katanya, kadar penyediaan liputan jenis insurans sedemikian bagi pekerja di lapangan yang sama dengan pelanggan adalah dua kali ganda, iaitu kira-kira 33 peratus.

“Ketidakseimbangan dari aspek perlindungan sosial ini masih berlarutan kerana tumpuan diberikan terhadap pekerja lapangan, berbanding penggiat sektor gig seperti yang bekerja menerusi platform dalam talian.

“Justeru, pengabaian terhadap penggiat sektor gig ini perlu ditangani menerusi tindakan merangka perundangan dan dasar bersesuaian, demi memastikan segenap kelompok pekerja mendapat perlindungan sosial yang berkesan.

“Perlindungan sosial bagi penggiat sektor gig juga adalah antara isu penting yang giat ditangani di Malaysia,” katanya.

Dr. Mohammed Azman berkata demikian menerusi kenyataan selepas diundang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Buruh dan Pekerjaan G20 di Indore, India, menerusi kapasitinya sebagai Presiden ISSA, hari ini.

Beliau yang dilantik menyandang jawatan Presiden ISSA ke-17, bagi tempoh selama tiga tahun hingga 2025 menjadi antara panel pembentangan di pentas forum antarabangsa itu bagi mewakili lebih 320 anggota institusi tersebut dari 163 negara.

Katanya, penganjuran forum G20 di bandar barat tengah India itu turut meraih sokongan menerusi Deklarasi Menteri yang menggariskan keperluan untuk merintis kerjasama dan tumpuan selanjutnya ke arah penyesaian isu sektor gig.

“Malah, deklarasi ini secara khusus menggesa ILO, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan ISSA untuk menyumbangkan buah fikiran kepada rangkaian inisiatif G20 yang menyentuh mengenai permasalahan ini pada masa depan.

“Kita berdiri teguh menyuarakan sokongan kepada setiap negara dalam perjuangan bersama ini, demi mencapai matlamat ke arah dunia pekerjaan yang bermaruah dan terangkum,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya