PN tak patut bangkit isu kos sara hidup - MB - Utusan Malaysia

PN tak patut bangkit isu kos sara hidup – MB

Sara hidup
AMIRUDIN Shari menyerahkan kunci kereta kegunaan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kepada Haris Kasim dekat dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) didakwa gagal menangani kos sara hidup ketika menjadi kerajaan sebelum ini dan hal demikian menyebabkan parti itu tidak seharusnya terus membangkitkannya dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Perikatan Nasional (PN) tidak seharusnya memainkan isu kos sara hidup sebagai tawaran kepada rakyat Selangor susulan tidak mampu menanganinya semasa menerajui kerajaan pusat sebelum ini. 

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor sendiri contohnya berjaya dalam membantu impak kos sara hidup rakyat menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) dalam 

“Sekarang ni bekalan dan harga ayam  kembali stabil termasuk usaha keras Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub Ayub (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dalam tempoh tujuh bulan.

“Jadi, saya percaya mereka tidak ada moral bercakap tentang isu harga barang kerana ketika mereka (menjadi kerajaan) harga barang sangat mencengkam dan tidak mampu ditangani berbanding sekarang walaupun mempunyai kebolehan dari segi peruntukkan,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Besar Selangor bersama barisan exco menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim. 

Dalam pada itu, Amirudin turut memaklumkan manifesto gabungan kerajaan perpaduan Selangor akan dikeluarkan selepas penamaan calon.

Menurutnya, kepimpinan parti masih meneliti rangka manifesto bagi memastikan segala projek dan rancangan telah dilaksanakan sebelum ini, mempunyai kesinambungan. 

“Sudah pasti, kita ingin menawarkan perkara yang realistik berdasarkan data dan angka di tangan kita. 

“Ini termasuk pencapaian Rancangan Selangor Pertama (RS1), pengangkutan awam dan inisiatif baharu kepada rakyat bergantung kepada maklum balas sepanjang Jelajah Selangor Penyayang dan program-program yang telah kita laksanakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya