PN khuatir gelombang anak muda beralih ke arah kerajaan - Sanusi

PN khuatir gelombang anak muda beralih ke arah kerajaan

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun yakin gelombang pengundi terhadap Perikatan Nasional (PN), gabungan itu tetap  khuatir pengundi muda beralih ke arah kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya negeri (PRN) berikutan usahanya untuk memenangi hati golongan itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, ia berdasarkan kepada pemerhatian terhadap pendirian pengundi muda susulan tindakan Perdana Menteri yang menyantuni golongan mahasiswa di beberapa buah universiti di seluruh negara sejak kebelakangan ini.

Katanya, ia jelas menunjukkan sasaran utama kerajaan adalah memenangi semula hati beliau di semua peringkat melalui pelbagai jenis program.

“Apa yang dibuat oleh Anwar hanyalah tindakan ‘menggula-gulakan’ kerana kalau kita tahu latar belakang dan sejarah mereka, apa dikatakan mereka itu tidak pernah benar dan semua yang dilontarkan dalam bahasa yang lunak-lunak.

“Cuma ada pandangan baharu bahawa gelombang anak muda boleh berubah dengan tumpuan lebih khususnya kepada kerajaan Anwar. Dia guna semua aparatus dan alat-alat negara seperti jabatan dan agensi untuk menyusun bagi mengubah kecenderungan pengundi muda untuk menyokong Anwar dalam PRN,” katanya ketika Sesi Bersama Sanusi sempena PRN malam tadi.

Justeru, beliau mengingatkan jentera PN supaya berwaspada dan tidak terlalu selesa serta yakin dengan gelombang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Jangan selesa di atas keyakinan bahawa gelombang ini akan kekal kerana Pakatan Harapan (PH) setiap hari, setiap detik dan setiap kesempatan berusaha bersungguh-sungguh mengubah kecenderungan pengundi muda yang memihak PN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya