PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) mempertaruh calonnya di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu 56 kerusi bagi merampas negeri ini daripada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PRN yang bakal berlangsung itu akan menjadi penentu kepada kepimpinan iaitu bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga di Putrajaya.
“Apa yang telah mereka (Kerajaan Perpaduan) buat selama hampir lapan bulan mereka duduk di Putrajaya? Tidak ada apa-apa pun.
“Sebut satu sahaja perkara yang kita boleh banggakan,” katanya ketika berucap semasa pengumuman calon PN bagi PRN Selangor di Padang Awam MBPJ Taman Medan dekat sini malam ini.
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri itu menggesa seluruh calon PN untuk menjalankan amanah mereka sekiranya dipilih dan menyelesaikan masalah-masalah dihadapi oleh rakyat.
Berikut adalah calon-calon PN yang akan merebut kerusi DUN Selangor dalam PRN, 12 Ogos ini:
N.01 SUNGAI AIR TAWAR, MOHAMAD ZAIDI SELAMAT
N.02 SABAK, SALLEHEN BIN MUKHYI
N.03 SUNGAI PANJANG, MOHD RAZALI SAARI
N.04 SEKINCHAN, GOH GAIK MENG
N.05 HULU BERNAM, MU’IZZUDDEEN MAHYUDDIN
N.06 KUALA KUBU BAHARU, TEOH KIEN HONG
N.07 BATANG KALI, MUHAMMAD MUHAIMIN HARITH ABDULLAH SANI
N.08 SUNGAI BURONG, MOHD ZAMRI MOHD ZAINULDIN
N.09 PERMATANG, NURUL SYAZWANI NOH
N.10 BUKIT MELAWATI, NOORAZLEY YAHYA
N.11 IJOK, JEFRI MEJAN
N.12 JERAM, HARRISON HASSAN
N.13 KUANG, MOHD RAFIQ MOHD ABDULLAH
N.14 RAWANG, REJEAN KUMAR RATNAM
N.15 TAMAN TEMPLER, ZAIDY ABDUL TALIB
N.16 SUNGAI TUA, MUHAMMAD HANIF JAMALUDDIN
N.17 GOMBAK SETIA, MUHAMMAD HILMAN IDHAM
N.18 HULU KELANG, MOHAMED AZMIN ALI
N.19 BUKIT ANTARABANGSA, SASHA LYNA ABDUL LATIF
N.20 LEMBAH JAYA, SHARIFAH HASLIZAH SYED ARIFFIN
N.21 PANDAN INDAH, FAZIL MOHAMAD DALI
N.22 TERATAI, CHEW HAN KEAI
N.23 DUSUN TUA, AZHAR HAMBALI
N.24 SEMENYIH, NUSHI MAHFODZ
N.25 KAJANG, LIEW SIN KIM
N.26 SUNGAI RAMAL, MOHD SHAFIE NGAH
N.27 BALAKONG, LAI CHOON WEN
N.28 SERI KEMBANGAN, diumumkan kemudian
N.29 SERI SERDANG, MOHD SHUKOR MUSTAFFA
N.30 KINRARA, WONG YONG KANG
N.31 SUBANG JAYA, GANA PRAGASAM SEBASTIAN
N.32 SERI SETIA, MOHD ZUBIR EMBONG
N.33 TAMAN MEDAN, AFIF BAHARDIN
N.34 BUKIT GASING, NALLAN DHANABALAN
N.35 KAMPUNG TUNKU, CHIN YOKE KHENG
N.36 BANDAR UTAMA, NUR ALIFF MOHD TAFID
N.37 BUKIT LANJAN, MUNIRAA ABU BAKAR
N.38 PAYA JARAS, AB HALIM TAMURI
N.39 KOTA DAMANSARA, MOHD RADZLAN JALALUDIN
N.40 KOTA ANGGERIK, MOHAMED SUKRI OMAR
N.41 BATU TIGA, RINA MOHD HARUN
N.42 MERU, HASNIZAM ADHAM
N.43 SEMENTA, NOOR NAJHAN MOHAMAD SALLEH
N.44 SELAT KLANG, ABDUL RASHID ASARI
N.45 BANDAR BARU KLANG, TAN SENG HUAT
N.46 PELABUHAN KLANG, WAN HASRINA WAN HASSAN
N.47 PANDAMARAN, GUNALAN BALAKRISHNAN
N.48 SENTOSA, PARAMESWARAN GANASON
N.49 SUNGAI KANDIS, WAN DZAHANURIN AHMAD
N.50 KOTA KEMUNING CHEW JYH GANG
N.51 SIJANGKANG, AHMAD YUNUS HAIRI
N.52 BANTING, SARAVANAN MUTTO KRISHNAN
N.53 MORIB, ROSNIZAN AHMAD
N.54 TANJONG SEPAT, SABIRIN MARSONO
N.55 DENGKIL, JAMIL SALLEH
N.56 SUNGAI PELEK, SUHAIMI MOHD GHAZALI