PM sedia kemuka bukti lupus hutang peneroka

PM sedia kemuka bukti lupus hutang peneroka

Felda
ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau bersedia mengemukakan bukti menandatangani kelulusan pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pada 27 Jun lalu.

Justeru, beliau menuntut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf apabila bukti tersebut ditunjukkan.

“Ini masalah orang politik, senang sahaja tuduh bohong (dan) kemudian cabar minta fakta.

“Insya-Allah, sebelum saya ke Vietnam esok, saya hubungi KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) untuk memberi contoh itu dan saya minta dia (Muhyiddin) minta maaf secara terbuka,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Perpaduan Tanjong Karang, malam tadi.

Menteri Kewangan itu menambah, beliau tidak meletakkan sebarang tempoh untuk bekas Perdana Menteri itu membuat permohonan secara terbuka.

Semalam, Muhyiddin dilapor mengemukakan surat tuntutan (LOD) kepada Anwar berhubung kenyataan pelupusan hutang peneroka Felda selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Perdana Menteri.

Menerusi dokumen itu, firma berkenaan menyatakan, Anwar yang juga Menteri Kewangan membuat kenyataan fitnah dengan niat mencemar, menjatuhkan atau merosakkan reputasi Ahli Parlimen Pagoh itu.

Pada 8 Julai lalu Anwar  dilaporkan kekal dengan pendirian bahawa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan pentadbiran negara terdahulu di bawah Muhyiddin.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan pelupusan hutang peneroka sudah dilakukannya pada 2021, sekali gus mendakwa tuduhan bahawa beliau tidak melaksanakan perkara itu ketika mentadbir negara adalah tidak benar.

Perkara berkaitan pelupusan hutang itu dikatakan disahkan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya