PM mahu perbanyak program keagamaan selepas PRN - Utusan Malaysia

PM mahu perbanyak program keagamaan selepas PRN

Keagamaan
ANWAR Ibrahim menghadiri Program Darul Ehsan Berselawat di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mempelbagaikan penganjuran program keagamaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada 12 Ogos ini.

Penganjuran program keagamaan dapat merealisasikan hasrat kerajaan ke arah pembentukan rakyat negara ini selaras dengan gagasan Malaysia Madani.

Beliau berkata, kerajaan mahu meneruskan acara sedemikian, selaras dengan gagasan Madani yang diperkenalkannya sejak lapan bulan lalu.

“Saya juga bersemangat untuk membuat upacara seperti Darul Ehsan Berselawat ini. Selepas PRN, Insya-Allah, kita akan buat majlis sebegini ke seluruh negara,” katanya ketika berucap pada program tersebut, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan, pemupukan nilai serta akhlak yang baik dapat membentuk Madani, iaitu masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan.

“Program keagamaan seperti program selawat dapat membentuk kecintaan serta keingatan umat Islam kepada Rasulullah SAW. Jadi, harus ada banyak program seperti ini di seluruh negara supaya ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat negara ini, khususnya umat Islam,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya