Pindah sebelum air pasang melanda

Pindah sebelum air pasang melanda

KEDIAMAN penduduk yang selesa disediakan kerajaan di Taman Datuk Hajah Fatimah Salim di Kampung Parit Makuaseng, Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penduduk di tiga buah kampung di Benut yang ditawarkan penempatan baharu di Projek Pemajuan Kampung (PPK) di Kampung Parit Makuaseng diminta berpindah segera apabila bekalan elektrik dan air selesai dilakukan sebelum fenomena air pasang.

Langkah itu penting supaya 149 keluarga di Kampung Nelayan dan Kampung Sri Tanjung di Benut serta Kampung Sungai Sanglang tidak berdepan fenomena air pasang besar yang sering melanda kampung mereka pada penghujung tahun ini.

Kampung yang terlibat ialah Menurut Ketua UMNO Cawa­ngan Kampung Nelayan, Mohd. Fairoz Seng berkata, penduduk yang telah menerima Notis 5A baru-baru ini sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke penempatan baharu itu.

Katanya, mereka kini ha­nya menunggu penyambungan bekalan elektrik ke rumah masing-masing oleh pihak Te­naga Nasional Berhad (TNB), manakala bekalan air telah siap dilaksanakan oleh Ranhill SAJ Sdn. Bhd.

“Saya ingin mengingatkan mereka supaya segera berpindah apabila bekalan elektrik siap disambung bagi menge­lakkan bertembung lagi dengan fenomena air pasang pada bulan November dan Disember ini.

“Fenomena air pasang besar boleh menimbulkan ba­nyak kerosakan ke atas barangan se­perti perabot dan peralatan elek­trik kerana akan memasuki ke dalam rumah penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penempatan tersebut yang dikenali dengan nama Taman Datuk Hajah Fatimah Salim dibina pada tahun 2017 dengan kos RM41.5 juta dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Kediaman berkembar tersebut dilengkapi dengan infrastruktur asas termasuk jalan, bekalan air, elektrik dan sistem rawatan kumbahan selain dewan, surau, tadika dan empat unit gerai.

Baru-baru ini Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan kunci rumah yang bernilai RM150,000 kepada peng­huni yang terlibat bagi membolehkan mereka berpindah ke rumah masing-masing.

Pasangan Abd. Wahab Laitang, 70, dan isterinya, Tuminam Modi, 65, berharap dapat segera berpindah ke penempatan baharu itu sebelum fenomena air pasang besar berlaku hujung tahun ini.

Abd. Wahab berkata, sejak tinggal di Kampung Nelayan Benut pada tahun 1963, fenomena air pasang besar selalu berlaku sekurang-kurangnya tiga kali setahun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya