PH lebih berhati-hati di Paya Jaras - Utusan Malaysia

PH lebih berhati-hati di Paya Jaras

Paya Jaras
MOHD. Khairuddin Othman ditemui pemberita ketika menghadiri program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat DUN Paya Jaras di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Jumlah undi diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lalu tidak memberi ancaman kepada Pakatan Harapan (PH) untuk terus menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras.

Malah, situasi semasa seperti pembentukan Kerajaan Perpaduan dan sekretariatnya di peringkat negeri disifatkan memberi kelebihan kepada PH untuk mengekalkan kedudukannya di sana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Penyandang DUN Paya Jaras, Mohd. Khairuddin Othman berkata, PH mempunyai persiapan jentera yang baik untuk berdepan pilihan raya kali ini dan bersedia untuk mempertahankan kerusi itu kali ketiga sejak 2013.

“Tidak memberi ancaman, saya ingat legasi BN berlaku sehingga 2013, selepas itu PH, jadi sekarang ini kerajaan negeri menyantuni semua termasuk orang BN, PH dan PN, tidak memilih dari segi bantuan dan kebajikan yang kita berikan.

By default, ketika itu mungkin (memberi ancaman kepada PH). Tetapi hari ini kita menjadi lebih berhati-hati, kita tak boleh memandang rendah kemampuan parti lawan dan calon lain yang bertanding di kawasan berkenaan, baharu atau lama kita kena hadapi dalam pilihan raya,” katanya ketika ditemui pada program Korban Perdana dan Kenduri Rakyat DUN Paya Jaras,” hari ini.

Terdahulu, pada PRU15 seramai  23,290 pengundi di DUN berkenaan memberikan sokongan kepada calon BN ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh, melebihi sokongan diperoleh PH iaitu 19,805 undi.

Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin yang menerima saingan dalam pertandingan tujuh penjuru tewas kepada wakil PH, Ramanan Ramakrishnan yang memperolehi undi daripada pengundi di DUN Kota Damansara sebanyak 30,469 berbanding BN 24,037.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin yang juga Setiausaha PH Selangor memberitahu, jumlah pengundi di Paya Jaras dilaporkan meningkat sehingga 73,000 orang dan sebahagiannya hampir 40 peratus merupakan pengundi dalam kalangan belia berusia 18 hingga 40 tahun.

“Sangat banyak penambahan undi, sebab pilihan raya lepas (PRU14) pengundi saya ada lebih 50,000, kali ini Paya Jaras ada 73,000 pengundi dengan adanya pengundi automatik, ia bertambah signifikan.

“Dalam kalangannya, belia pun ramai, saya kira dalam 40 peratus pengundi 18 hingga 40 tahun, selebihnya warga dewasa, jadi inilah keadaan kita tetapi saya yakin pengundi di Selangor mempunyai maklumat yang tepat dan banyak. Jadi, saya rasa mereka lebih terbuka pemikirannya untuk kekalkan PH,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya