PH, BN Terengganu belum muktamad agihan kerusi - Utusan Malaysia

PH, BN Terengganu belum muktamad agihan kerusi

PEMASANGAN bendera parti secara semasa kempen pilihan raya, penting bagi mengenal pasti calon parti mana yang bertandinh . GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu  belum memuktamadkan agihan kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Menurut sumber PH Terengganu, beberapa faktor masih perlu dipertimbangkan oleh PH dan BN sebelum keputusan dicapai dalam masa terdekat.

“Penentuan agihan kerusi ini penting kerana kita mahu menonjolkan calon-calon PH yang lebih berkredibiliti, berbakat dan boleh membawa kemenangan untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri selepas PRN,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sebelum ini, UMNO memaklumkan agihan kerusi antara dua pakatan iaitu BN dan PH di Terengganu telah selesai iaitu BN bertanding di 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala bakinya enam lagi kerusi adalah milik PH.

Daripada enam kerusi PH itu, difahamkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di tiga kerusi DUN iaitu Manir (Parlimen Hulu Terengganu), Wakaf Mempelam (Parlimen Kuala Terengganu) dan Sura (Parlimen Dungun).

Tiga lagi kerusi pula akan ditandingi calon Parti Amanah Negara iaitu DUN Rhu Rendang (Parlimen Marang), Batu Buruk (Parlimen Kuala Terengganu) dan Tepoh (Parlimen Kuala Nerus).

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, pengumuman calon dan kerusi yang akan ditandingi PH di enam negeri dijangka diumumkan oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 atau 21 Julai ini.

“Hanya kerusi yang telah mencapai kata sepakat rasmi antara PH-BN akan diumumkan pada majlis tersebut nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya