Pesawah Kelantan dapat ‘durian runtuh

Pesawah Kelantan dapat ‘durian runtuh’

ABDULLAH Mat Yusoff menunjukkan kawasan padi miliknya yang belum dituai di Kampung Teluk Jering, Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pesawah di Kelantan menarik nafas lega apabila harga padi mencecah RM1,300 satu tan metrik antara yang termahal sejak 30 tahun.

Ini berikutan pemotongan pemutuan padi antara 15 hingga 17 peratus bagi musim 1/2023 (Januari hingga Jun).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang petani, Harun Omar, 63, berkata, musim ini pemotongan pemutuan padi paling rendah sejak 30 tahun mengusahakan sawah padi seluas 28 hektar.

“Tahun ini rezeki kepada pesawah, pengilang padi potong rendah, pesawah memperoleh pendapatan lumayan.

“Sebelum ini pemotongan 20 hingga 30 peratus walaupun padi berkualiti, tetapi kali ini ada pengilang hanya potong 15 peratus,” katanya ketika ditemui di Kampung Bendang Pak Yong di sini semalam.

Jelas Harun, bagi padi yang kurang berkualiti dan banyak hampa, pengilang memotongnya antara 20 hingga 30 peratus.

“Tahun-tahun sebelumnya padi berkualiti pun dipotong melebihi 20 peratus, sekali gus menjejaskan pendapatan pesawah, walaupun hasil banyak tetapi dijual murah kepada pengilang disebabkan isu pemotongan pemutuan padi tinggi,” katanya.

Bagi pesawah, Abdullah Mat Yusoff, 60, dari Kampung Teluk Jering pula, hasil padinya dijual terus kepada pengilang tanpa melalui orang tengah.

Katanya, tiada isu kartel padi di negeri ini kerana pesawah ada pilihan untuk menjual padi di kilang swasta atau di kilang Padiberas Nasional Bhd. (Bernas).

“Banyak kilang padi di Tumpat ini dan pesawah tidak bergantung pada satu kilang sahaja.

“Tidak berlaku monopoli oleh satu pihak mengaut keuntungan dan menindas pesawah,” katanya.

Menurutnya, padinya sedang dituai namun disebabkan faktor kekurangan bekalan air menyebabkan hasil padi kurang berkualiti. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya