Pesanan lucah, diganggu: Jangan melampau! – Nadia Brian

Pesanan lucah, diganggu: Jangan melampau! – Nadia Brian

nadia brian
NADIA BRIAN semasa menghadiri Majlis Sidang Media dan Pelancaran Anugerah Telenovela Ke - 9 (ATN-9)di Starhill Gallery yang dilancarkan oleh Pengarah Eksekutif Intact Media Sdn Bhd Rishi Ross.-UTUSAN/M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKONGSIAN pelakon, Nadia Brian di media sosial acap kali menjadi bahan bicara segelintir warganet. Ada yang suka dengan kejujurannya menjadi diri sendiri. Namun, ada juga yang kurang senang melihat keseksian yang ditonjolkan.

Malah, ada yang beranggapan, pendedahan gangguan seksual yang diluahkan Nadia baru-baru ini berpunca daripada perkongsian gambar dan video yang dikatakan semakin seksi di media sosial.

Dia seolah membuka sendiri pintu kritikan dan unsur-unsur seksual daripada segelintir warganet yang mungkin tidak senang duduk melihat hantaran yang dimuat naik. Sehingga ada yang mendakwa, dia sengaja menarik perhatian umum.

Jawablah mendapat Nadia. Benarkah dia sengaja mengundang reaksi negatif dan lucah daripada mereka yng bermata keranjang? Atau frasa menjadi diri sendiri itu sebenarnya hanya satu alasan semata-mata? Nadia, Jawablah!

Baru-baru ini, Nadia ada mendedahkan sering kali menerima gangguan seksual dan pesanan lucah daripada individu tidak dikenali di media sosial? Apa tindakan Nadia seterusnya? Mungkin buat laporan polis?

Setakat ini, belum sampai ke tahap itu lagi. Tetapi saya sedar, mereka yang menghantar pesanan tidak berakhlak itu menggunakan akaun palsu. Bukan kita tidak boleh kesan, cuma buang masa sahaja.

Saya setuju dengan tindakan rakan artis yang tegas mengendali masalah sama. Cuma saya fikir, belum sampai ke tahap itu. Tetapi jika ada yang melampau, saya tidak akan teragak-agak untuk heret mereka ke muka pengadilan.

Ada yang dakwa Nadia sengaja mengundang reaksi tidak bermoral itu? Memuat naik hantaran dengan imej seksi hanya untuk menarik perhatian mereka?

Perkara ini bukan terjadi sekarang, sejak dari zaman belajar saya sudah berdepan dengan situasi seperti ini. Sukar untuk kita banteras. Sesiapa sahaja boleh wujudkan akaun dan menyamar.

Bagi saya, tiada istilah sengaja undang perhatian. Apa yang anda lihat di media sosial, itulah saya. Saya bukan hipokrit. Mereka boleh bercakap apa sahaja. Tetapi jika berdepan tindakan, jangan pula pura-pura terkejut.

Selepas pendedahan itu, adakah Nadia mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati? Sementelah di zaman media sosial ini, ramai mempunyai ‘akses’ untuk mengetahui keberadaan dan aktiviti kita.

Semestinya! Untuk langkah berjaga-jaga, saya akan cuba mengelakkan kawasan padat dengan orang ramai dan lebih berhati-hati sekiranya ada sesi foto bersama peminat.

Tetapi malang tidak berbau. Saya cuma boleh doa dan tawakal supaya dapat mengelakkan apa-apa kejadian yang tidak diingini. Saya mahu berniaga, sertai festival jualan untuk cari pendapatan.
Mahu atau tidak, saya perlu turun padang bertemu peminat. Kita berserah kepada Tuhan.

Di sebalik kata-kata negatif, ada juga yang sempat memuji Nadia yang semakin langsing. Ada yang cakap sedang pasang badan, mahu naik pelamin. Betul ke?

Mana ada. Saya seorang yang suka mengamalkan aktiviti senaman dan usahawan produk detoks. Mestilah saya kena jaga badan. Penampilan harus dijaga. Bukan mahu kahwin pun.
Macam mana nak kahwin? Calon pun tidak ada. Masih solo. Bukan tutup hati ke trauma cuma itulah, tiada yang cuba mendekati.

Memilih sangat? Mereka takut nak kenal.

Mestilah memilih, kita mahu cari pasangan sehidup semati. Tetapi saya tak pandang rupa. Apa yang penting, kami saling memahami dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Saya mahu perkahwinan kedua kelak akan kekal hingga akhir usia. Biarlah lelaki itu mempunyai ilmu agama supaya dapat bimbing saya. Siapa yang tidak mahu berkeluarga? Tengok rakan lain gembira bersuami, saya pun hendak juga. (seloroh)

Perkembangan seni sekarang? Dengar cerita sibuk jadi ejen ya?

Eh, mana tahu! Ya, drama baharu Barista: Misi Terpaling Sulit bakal ditayangkan tidak lama lagi. Dalam drama tersebut saya jadi ejen. Sangat teruja kerana akhirnya berpeluang berlakon dalam naskhah aksi.

Saya juga sedang menimbangkan beberapa tawaran filem, menyusun jadual kerja. Sebab, saya banyak dapat watak aksi. Sangat teruja. Kalau boleh nak bolot semua. Tetapi tak boleh tamak kan?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya