Peruntukan tambahan RM7 juta sempena Tahun Melawat Perak 2024 - Utusan Malaysia

Peruntukan tambahan RM7 juta sempena Tahun Melawat Perak 2024

LOH Sze Yee (depan, tengah) bersama komuniti myKP di Jeti Nelayan myKomuniti Perikanan (myKP) di Kampung Chepor, Lenggong hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM7 juta bagi menaik taraf sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, daripada peruntukan tambahan RM7 juta itu, sebanyak RM3.8 juta bagi projek infrastruktur kawasan pelancongan di seluruh negeri manakala baki RM3.2 juta bagi tujuan promosi.

Katanya, sebelum ini Perak telah menerima peruntukan hampir RM3 juta disalurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi persediaan penganjuran Tahun Melawat Perak 2024.

“Kita juga menerima bantuan daripada kerajaan Persekutuan di mana melalui MOTAC, peruntukan sebanyak RM3 juta disalurkan melibatkan 12 projek.

“Sebagai contoh, bantuan kerajaan Persekutuan ialah kelulusan sebanyak RM500,000 untuk Majlis Daerah Lenggong (MDL) bagi pembangunan infrastruktur termasuk berkaitan Lenggong Geopark,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja di Jeti Nelayan myKomuniti Perikanan (myKP) di Kampung Chepor di sini hari ini.

Menurut beliau, lebih 100 acara dan program telah diatur bagi menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini sekali gus merancakkan Tahun Melawat Perak pada tahun hadapan.

Katanya, antara program yang dirancang ialah International Geopark Trail Marathon Series 1, Perak International Kite Festival 2024, Perak Triathlon 2024, Festival Pangkor, Festival Gunung Gerik, Pertandingan Berkayak Perahu Naga dan Perak Extreme Marathon.

“Kita menyasarkan kedatangan lebih lapan juta pelancong ke Perak di mana seramai 350,000 merupakan pelancong asing. Sasaran itu ditetapkan selepas kita berjaya menarik tujuh juta kunjungan pelancong tahun lalu.

“Seperti semua tahu, Perak merupakan sasaran pelancong domestik yg memang terkenal malah pada tahun lepas negeri ini berada di kedudukan kedua selepas Pahang menerima pelancong domestik,” katanya.

Tambah beliau, hebahan dan promosi bagi Tahun Melawat Perak 2024 akan bermula selepas pra pelancarannya diadakan di Nu Sentral di Kuala Lumpur pada Ahad ini.

“Dari segi persediaan, saya rasa tidak ada seorang pun yang berani cakap kita bersedia sepenuhnya. Apa pun, kita sedang giat berusaha kerana kita tahu akan sentiasa ada perubahan yang berlaku menjelang Tahun Melawat Perak itu nanti ,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya